DALIL SIFAT 20 Wajib mempercayai akan sifat-sifat Allah yang dua puluh dan perlu diketahui juga sifat-sifat yang mustahil bagi Allah. Sifat yang mustahil bagi Allah merupakan lawan kepada sifat wajib. Sifat wajib terbahagi kepada empat bahagian iaitu Nafsiah, Salbiah, Ma’ani dan Ma’nawiah. A. SIFAT-SIFAT WAJIB ALLAH Sifat-Sifat Wajib Allah adalah sifat yang pasti ada pada Allah. Berikut adalah hurain ringkas akan sifat-sifat Allah yang wajib : [1] SIFAT PERTAMA : WUJUD (وجود - ADA) lawannya ‘Adam (عدم - Tidak ada). Adanya Allah itu bukan kerana ada yang mengadakanNya atau menciptakanNya. Tetapi Allah itu ada dengan zat-Nya sendiri. - Dalil Aqli sifat Wujud: Adanya semesta alam yang kita lihat sudah cukup dijadikan sebagai alasan adanya Allah, sebab tidak masuk akal seandainya ada sesuatu yang dibuat tanpa ada yang membuatnya. - Dalil Naqli sifat Wujud: اللهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ "Allahlah menciptakan la...