Skip to main content

Ringkasan Program Tanyalah Ustaz TV9 isu makan.

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
🌹🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻
*TANYALAH USTAZ* TV9(Da'i Izzhar&Ustaz Datuk Seri Abu Hassan Din)
*MAKAN*
••••••••••••••
KENAPA KITA MAKAN?
Kita makan sebab kita makhluk yg diciptakan utk makan.
Kalau tak makan tak hidup.
Ada makhluk tak makan iaitu malaikat kerana malaikat tak ada nafsu.
KITA MAKAN UTK HIDUP(Manusia) BUKAN HIDUP UTK MAKAN(haiwan)
Makan bertujuan utk  proses membesar.
Makan juga utk kekuatan fizikal dan mental.

BENARKAH DAGING KAMBING KOLESTROL TINGG DAN BENARKAH TAK BOLEH CAMPUR MAKANAN LAUT DAN DARAT SEKALI KETIKA MAKAN?
Betul atau tidak daging kambing berkolestrol tinggi,Waallahualam.
Belum jumpa hadis,dalil dan pendapat ulamak yg mengatakan tak boleh campur makanan darat dan laut.

ADA ORG CAMPURKAN FOOD COLORING DALAM MAKANAN DAN ADA YG CAMPUR BAHAN PLASTIK,APA HUKUMNYA?
Kalau bahan itu halal, maka halallah.
Jika niat nak menipu dalam perniagaan,Nabi kata dia bukan umat aku.

APAKAH MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN YG TERBAIK IKUT CARA NABI?
Nabi kata aku manusia sama seperti kamu.
Nabi makan daging² salai.

KAWAN SAYA PERNAH CAKAP DIA MAIN JUDI TAPI DUIT ITU TAK DIGUNAKAN UTK MAKAN,APA PENDAPAT USTAZ?
Siapa yg terlibat dgn judi(yg ada unsur pertaruhan)hukumnya haram.

Binatang yg haram dimakan bangkai,darah dan babi.
Bangkai ialah binatang yg mati tak mengikut sembelihan syarak.
Bangkai yg halal dimakan ialah belalang dan hidupan dalam laut(cth ikan)
Binatang yg beracun tak boleh makan.

APA SAHAJA DIATAS DUNIA INI AKAN DISOAL TERMASUKLAH MAKAN.

APA KITA NAK MAKAN?
Apa yg kita nak makan,pastikan makanan itu halal lagi baik.
Halal dari zatnya dan halal juga dari cara nak mendapatkannya.
Siapa yg makan yg subahah(tak pasti halal atau haram atau syak)haram dimakan.
Beras itu halal tapi jika dibeli dgn duit yg haram maka jadi haramlah.
Mana² daging yg tumbuh dari hasil yg haram maka nerakalah yg layak baginya.

APA HUKUM MAKAN DARI MAKANAN ORG YG TAK TUTUP AURAT DAN TAK SOLAT?
Boleh beli dan jika dia tak solat dan tak tutup aurat,itu antara dia dgn Allah.
Jika org yg masak itu cina dan ada logo halal serta yakin,kita boleh makan.

ADAKAH DOA UTK ELAKKAN SANTAU?
Santau biasanya dibuat melalui makanan.
Boleh baca doa makan dan tambah dgn ayat akhir bismillah 5.

AIR YG DIMASUKI SEMUT,PATUTKAH DIMINUM DAN ADA YG KATA KALAU MINUM BOLEH LUPA ATAU BODOH?
Tak ada hadis atau dalil mengatakan tak boleh minum air yg masuk semut.
Tapi guru ustaz dulu melarang minum sebarang minuman yg terdapat semut yg sudah mati kerana dalam semut itu ada bahan pelupa.
Kalau lalat masuk dalam air,benamkan kedua~dua kakinya kerana pada kakinya ada penawar dan racun.
Boleh diminum selepas dibenamkan.
Jangan makan kepala ikan,jangan makan daun ketumbar(bagi org yg hafal Al~Quran jangan makan)kerana boleh menyebabkan lupa.

APAKAH DIBOLEHKAN DALAM ISLAM TAYANG GAMBAR MAKANAN SEDAP² DI FACEBOOK?
Apa tujuan kita tayang?
Tayang makan boleh jadi riya.

BENARKAH SIMPAN IKAN ATAU DAGING LAMA DALAM PETI AIS TAK BOLEH DIMAKAN?
Selagi tak berubah bau,boleh dimakan.

ADAB² MAKAN:
1)Sebelum makan baca بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
2)Makan dgn tangan kanan.
Jangan guna tangan kiri kerana syaitan makan dgn tangan kiri.
3)Ambil yg dekat dulu.
4)Nabi hanya makan bila lapar dan Nabi makan tak sampai kenyang.

BOLEHKAH MAKAN IKAN PEKASAM?
Boleh, tak jadi masalah.

BOLEHKAH  MAKAN MAKANAN YG DIBERI JIRAN BUKAN ISLAM?
Jika kita yakin halal dan tak ada syak,boleh dimakan.
Bila ada syak atau ragu,jangan makan.

BOLEHKAH MAKAN MAKANAN YG TAK DIMASAK SEPENUHNYA?
Boleh makan.
Tapi jika daging itu masih nampak darah menitik,jangan makan.

BOLEHKAH MAKAN BAYAR PAKAI KAD KREDIT?
Boleh,asalkan makan dan bayar.
Jika makan tak bayar, dah sama macam mencuri.

MAKAN DAN MINUM SAMBIL BERDIRI,HUKUMNYA MAKRUH.

BAGAIMANA JIKA DAH TERMAKAN(cth makan pisang atas pokok org) APAKAH KITA KENA MINTA HALAL DAN LEPAS MAKAN JILAT JARI?
Kalau kita terjumpa buah,boleh makan.
Jika termakan pisang org atas pokok,kena minta halal atau jika dia minta bayar,kena bayar.
Nabi larang basuh tangan selepas makan sebelum jari dijilat.
Nabi kata makanan yg akhir itu yg ada keberkatan.
Jika terjatuh sebiji makanan,ambil dan makan.
Jangan beri habuan utk syaitan makan.
Mungkin makanan yg jatuh itu,syaitan yg tolak.
Nak jilat jari mesti habiskan makan dalam pinggan.
Jangan ambil banyak dan makan sampai habis.
YG BERKAT ADALAH YG AKHIR(dijari).
Inilah adalah adab makan Rasulullah utk dapat keberkatan bukan hanya dapat kenyang.

YG UTAMA KITA MAKAN,IKUTLAH SUNNAH NABI.
KUNYAH SAMPAI HANCUR BARU TELAN.
AJAR ANAK² MAKAN, HABISKAN DALAM PINGGAN DAN AMBIL MAKANAN YG TERJATUH,TAK AKAN HINA KITA AMBIL MAKANAN YG JATUH DAN JILAT JARI LEPAS MAKAN.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Comments