Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Islam itu indah ⚘

Ucapann MB Kelantan, Dato' Ahmad Yakob, dlm sidang DUN. Bismillahirrahmanirrahimu... Pertama sekali, tulisan saya kali ini tidak ditujukan kepada mana-mana masjid secara khusus. Ini ialah pandangan umum saya sebagai seorang makmum dan manusia. Masjid kita punya dana. Sesetengahnya punya dana yang sangat besar sehingga lebih 20k sebulan hasil derma orang ramai. Setiap Jumaat, masjid yang besar-besar perolehi jumlah kutipan derma mencecah ribuan ringgit. Saya cadangkan, sisih 10% sebulan dari derma orang ramai untuk beli makanan asas. Beras, sardin, susu budak, gula dan pampers. Mana-mana penduduk setempat yang kesempitan duit untuk beli makanan asas, boleh ambil di masjid. Jangan rumitkan prosedur. Jangan tengok gaji dan kerja. Bagi saja. Miskin di bandar ni lain macam dugaannya. Kadang kita tengok orang tu pakai kereta, duduk rumah sewa, kita sangka dia ada duit. Sedangkan beras di dapur telah lama habis. Maka peninglah ketua keluarga memikirkan dengan siapa pula perlu dip...