Skip to main content

Islam itu indah ⚘

Ucapann MB Kelantan, Dato' Ahmad Yakob, dlm sidang DUN.

Bismillahirrahmanirrahimu...
Pertama sekali, tulisan saya kali ini tidak ditujukan kepada mana-mana masjid secara khusus. Ini ialah pandangan umum saya sebagai seorang makmum dan manusia.

Masjid kita punya dana. Sesetengahnya punya dana yang sangat besar sehingga lebih 20k sebulan hasil derma orang ramai. Setiap Jumaat, masjid yang besar-besar perolehi jumlah kutipan derma mencecah ribuan ringgit.

Saya cadangkan, sisih 10% sebulan dari derma orang ramai untuk beli makanan asas. Beras, sardin, susu budak, gula dan pampers. Mana-mana penduduk setempat yang kesempitan duit untuk beli makanan asas, boleh ambil di masjid.

Jangan rumitkan prosedur. Jangan tengok gaji dan kerja. Bagi saja. Miskin di bandar ni lain macam dugaannya. Kadang kita tengok orang tu pakai kereta, duduk rumah sewa, kita sangka dia ada duit. Sedangkan beras di dapur telah lama habis. Maka peninglah ketua keluarga memikirkan dengan siapa pula perlu dipinjam. Sedang hutang sudah keliling pinggang.

Orang yang terdesak ni, takkan sesekali tamak. Dia akan ambil cukup-cukup untuk kegunaan keluarganya sahaja. Kalau bulan depan dia 'lega' dia tak berbaris untuk ambil bekalan dari masjid lagi. Percayalah!

Malahan, jika dilaksanakan, perasaan malu pasti menusuk kalbu. Yang jarang-jarang ke masjid, mula mendekati masjid kerana rasa malu itu. Kan indah cara dakwah macam ni. Bukan dengan sindiran sinis sehingga orang menjauhi masjid.

Masjid kita, sesetengahnya dana sampai tak tahu nak buat apa. Maka ditukar pagar baru, di'upgrade' tandas-tandas, ditukar karpet baru, di upah penceramah luar yang bayarannya hingga beribu. Sedang asnaf, rumahnya hanya di depan pagar masjid. Telan air liur tengok masjid elok ditukar cat baru. Sedangkan beras secupak di dapur pun hutang dengan kedai runcit.

Tidakkah AJK masjid membuka mata? Perkara ini cukup mudah, tapi memberi manfaat kepada ramai orang.

Mengapa kita tidak mencontohi gereja? Begitu mudah menyalur bantuan tanpa mengira bangsa dan agama. Hanya tinggalkan nama dan no phone sahaja. Ambillah duit dalam kotak itu berapa yang diperlukan. Tidak ditanya kerja, tidak ditanya mengapa. Esoknya pihak gereja call pula, tanya tentang kehidupan. Masih sempit atau sudah lega. Kalau sempit dijemput ke gereja ambil dana lagi. Mudah kan? Jangan pelik lagi kalau ada yang murtad. Itu salah satu punca.

Melainkan dana masjid itu cukup-cukup untuk bayar bil api dan air sahaja. Itu lain cerita, ini kisah masjid yang kaya raya.

Sungguh. Saya cukup kecewa. Sangat kecewa sebenarnya melihat masjid yang gah-gah, tapi asnaf di depan mata. Rela membayar upah penceramah ternama sedang ahli kariah berlapar dahaga.

Mungkin ada ajk masjid dalam friendlist saya. Mohon panjangkan cadangan saya ini. Kalau setiap kampung buat begini, alangkah bagusnya. Si fakir rasa dipeduli, masjid makin didekati.

Comments

Popular posts from this blog

Jaga~jaga

JAGA-JAGA, TERGELINCIR.. Nu'man bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Imam Abu Hanifah rahimahullah Ta'ala, pernah berjalan bertentangan arah dengan seorang budak kecil yang berjalan mengenakan terompah kayu. Si imam berkata: "Jaga-jaga Nak dengan terompah kayumu itu, jangan sampai kamu tergelincir." Budak ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah. "Bolehkah saya tahu namamu, Tuan?" tanya si budak kecil itu tadi. "Nu'man namaku", jawab si imam. "O.. jadi, tuankah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'zhom (Imam agung) itu..?", tanya si budak. "Bukan aku yang memberi gelaran itu. Masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku", jawab si Imam. "Wahai si Imam, berhati-hatilah dengan gelaranmu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran itu. Terompah kayuku ini mungkin hanya menggelincirkanku di dunia. Tetapi gelara...

SIFAT ALLAH

DALIL SIFAT 20 Wajib mempercayai akan sifat-sifat Allah yang dua puluh dan perlu diketahui juga sifat-sifat yang mustahil bagi Allah. Sifat yang mustahil bagi Allah merupakan lawan kepada sifat wajib. Sifat wajib terbahagi kepada empat bahagian iaitu Nafsiah, Salbiah, Ma’ani dan Ma’nawiah. A. SIFAT-SIFAT WAJIB ALLAH Sifat-Sifat Wajib Allah adalah sifat yang pasti ada pada Allah. Berikut adalah hurain ringkas akan sifat-sifat Allah yang wajib : [1] SIFAT PERTAMA : WUJUD (وجود - ADA) lawannya ‘Adam (عدم - Tidak ada). Adanya Allah itu bukan kerana ada yang mengadakanNya atau menciptakanNya. Tetapi Allah itu ada dengan zat-Nya sendiri. - Dalil Aqli sifat Wujud: Adanya semesta alam yang kita lihat sudah cukup dijadikan sebagai alasan adanya Allah, sebab tidak masuk akal seandainya ada sesuatu yang dibuat tanpa ada yang membuatnya. - Dalil Naqli sifat Wujud: اللهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ "Allahlah menciptakan la...

Why it is my fault?

*If Allah knows everything, why is it my fault?*🤔 - by Nourman Ali Khan Listen to this example.. There's a man who works in a company for 30-40 years. He gets promoted and promoted until he become vice president.👨🏻‍💻 One day the president brought in a 15 years old boy and introduced him as the new vice president🧒🏻 The man complaints: _It's not fair! What qualification he has? I have work for 30-40 years and yet he's the one taking all the credit._😡 In this case, the man is actually the iblis and the boy is prophet Adam AS.  *1st logic: The iblis complaint is legit.* Next, one day the president plans to transfer the 15 years old boy to Sri Lanka. All the staff of the company know but him. The next morning, the boy came late to work and the president get angry.🕵🏻‍♂ _You are late work and now I'm gonna transfer you to Sri Lanka._ What would you say if you are in the boy's place? I would say. _It's not fair. You already plan from the st...